Search
Close this search box.

logo-drnur-official
DOCTOR , ENTREPRENEUR & CONTENT CREATOR

Dr Nur

Anak Orang Susah…

Anak Buruh Kasar…

Dr Nur merupakan seorang Doktor, Usahawan & Content Creator yang suka berkongsi ILMU, MINAT, KISAH INSPIRASI dan POSITIVITI melalui sosial media.

Beliau sangat mengutamakan ilmu, pendidikan kesihatan dan juga teknologi.

Beliau berasal daripada keluarga yang sangat susah , anak seorang buruh kasar iaitu penebang kayu balak sahaja. Dengan pendapatan keluarga yang tidak cukup, mak yang asalnya seorang surirumah terpaksa berbisnes kecil-kecilan di depan rumah untuk menampung perbelanjaan sekolah adik-beradik. Namun, Dr Nur sangat mengingati pesanan ibunya;

“Hanya pendidikan mampu mengubah hidup kita” In Sha Allah..

Dr Nur belajar bersungguh-sungguh dengan niat ingin memberi keselesaan & kesenangan kepada orang tua.

ALHAMDULILLAH, rezeki Allah, beliau belajar sebaik mungkin hingga sentiasa layak menerima BIASISWA untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan dan pembedahan di salah satu TOP UNIVERSITI di Malaysia iaitu Universiti Malaya.

Akhirnya, Dr Nur berjaya menjadi seorang doktor wanita yang suka berkongsi ILMU & membantu lebih ramai orang.

Banyak Dugaan & Cabaran…

Cari Ilmu & Cari Pengalaman…

Dr Nur atau nama sebenar Dr Norbayah adalah kelulusan Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan dari Universiti Malaya.

Beliau seorang doktor yang berasal dari Tawau, Sabah yang mempunyai pengalaman hampir 15 tahun dalam dunia perubatan dan kesihatan.

Beliau banyak belajar melalui pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang bertugas di pelbagai fasiliti kesihatan kerajaan selama 11 tahun. Beliau pernah bertugas di Hospital Pakar, Hospital Daerah/Tanpa Pakar, Klinik Pesakit Luar, Unit Kecemasan, Wad Bersalin, Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Klinik 1 Malaysia dan juga pernah terlibat aktif dalam pengurusan klinik, pengurusan hospital (Timbalan Pengarah Hospital) serta Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.

Banyak dugaan & cabaran dihadapi tetapi dijadikan sebagai pengalaman & semangat untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.


Nur Mediklinik

Buka Klinik Sendiri…

Dr Nur sangat mencintai ILMU sebab Ilmu mampu mengubah hidupnya. Dengan Izin Allah…

Beliau sangat meminati ilmu perniagaan, ilmu kesihatan wanita & ilmu kesihatan kulit. Malah, beliau suka berkongsi ILMU dengan pesakitnya.

Namun, beban kerja yang tinggi dan kekangan masa konsultasi di fasiliti kerajaan menyebabkan beliau sukar untuk berkongsi lebih banyak ilmu kepada pesakitnya. Maka akhirnya dengan rezeki Allah & berkat doa orang tua, akhirnya Dr Nur berjaya menubuhkan klinik sendiri bersama rakan partner di Tawau, Sabah iaitu NUR MEDIKLINIK.

Nur Mediklinik adalah klinik perubatan swasta yang berkonsepkan Klinik Mesra Wanita dengan teknologi perubatan terkini. Doktornya wanita & stafnya juga adalah wanita. Alhamdulillah, klien Nur Mediklinik telah melebihi 10,000 orang terdiri daripada wanita, warga emas, lelaki & kanak-kanak.

Suka Berkongsi Ilmu…

Dengan rezeki masa, akhirnya Dr Nur juga banyak berkongsi ilmu perubatan & kesihatan serta aktif sebagai Content Creator di Facebook, Youtube Channel & TikTok Dr Nur @drnurofficial.
“Inilah perjalanan hidupku sebagai seorang doktor, usahawan & Content Creator.” – Dr Nur

Percuma Untuk Anda…

Alhamdulillah, Dr Nur telah menulis ebook secara santai dan mudah difahami berkaitan dengan kesuburan dan kehamilan iaitu Ebook Checklist – 3 Tips Utama Cepat Hamil!
“Anda perlu ada ILMU, TINDAKAN & DISIPLIN agar berjaya HAMIL dengan CEPAT – Dengan IzinNya” – Dr Nur

Cari Ilmu Dunia & Cari Ilmu Akhirat…

Jangan Berhenti Mencari ILMU…

Dengan ILMU, In Sha Allah, Ia Mampu Mengubah Kehidupan Kita…

FOLLOW DR NUR
Perkongsian ilmu, minat, pengalaman, kisah inspirasi dan positiviti…

@drnurofficial

@drnurofficial

@drnurofficial

@drnurofficial


Gambar Dr Nur

Bina Saham Baik Dunia…

Jana Saham Baik Akhirat…

-Dr Nur-

INFO KESIHATAN
Keputihan Wanita? Normal @ Tidak?
Dalam video ini.. Apa ciri-ciri atau kriteria masalah keputihan wanita itu normal? atau tidak normal? Bagaimana warna keputihan yang normal? Contoh gambar keputihan normal?
5 TANDA Keputihan Tidak Normal!
Masalah keputihan wanita: Apa jenis keputihan wanita yang normal? Apa jenis atau tanda keputihan wanita yang tidak normal (abnormal)? Kenapa keputihan berlaku dan kenapa keputihan banyak keluar?
Keputihan Gatal Berketul? Kenapa?
Masalah keputihan berketul-ketul , keputihan seperti krim dan keputihan gatal pada wanita adalah sangat biasa berlaku dan biasa datang ke klinik. Kenapa? Kenapa keputihan jadi gatal?
10 Tips Cara Cuci Kemaluan Wanita Yang Betul!
Ramai wanita yang silap membasuh m1ss v mudah mengalami jangkitan pada bahagian kemaluan ataupun m1ss v…
10 FAKTA Kesihatan PAYUDARA WANITA – Lelaki Pun Wajib Tahu!
Bukan wanita sahaja perlu tahu fakta kesihatan payudara wanita ini, tetapi lelaki iaitu suami atau bakal suami pun perlu tahu ilmu ini…
TUTORIAL Step By Step- Cara Pemeriksaan Pangkal Rahim (PAP SMEAR)
Tutorial Panduan Cara Pemeriksaan Pangkal Rahim (PAP SMEAR) step by step oleh Dr Nur…
NUR MEDIKLINIK
Klinik Perubatan Swasta Di Tawau, Sabah

Backgroud Klinik

Nur Mediklinik - Klinik Mesra Wanita
HUBUNGI:
089-705101
Emel : nurmediklinik@gmail.com
Copyright @ DrNur.com.my

Loading